Artikel

Penerapan PdPR, Dorong Lonjakan Isu Rabun Kalangan Pelajar – Jejas Kesejahteraan Pendidikan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menyasarkan separuh daripada populasi dunia akan berdepan masalah rabun penglihatan atau dikenali miopia, menjelang tahun 2050. Namun isu itu nyata akan berlaku lebih pantas dalam kalangan para pelajar di dunia, susulan penerapan PdPR-Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah bagi sektor pendidikan di negara tertentu.

Berdasarkan laporan, operasi kedai cermin mata di Malaysia kini menyaksikan lonjakan pelanggan dalam tempoh 1 tahun setengah, di mana lebih 90% pelanggan mereka terdiri daripada murid sekolah.

Ini memberi petunjuk yang berisiko kepada had masa para pelajar dihadapan paparan peranti pintar.

Kebimbangan ini turut dibuktikan oleh tinjauan pakar mata di China dan Hong Kong pada Julai 2020, apabila menunjukkan jumlah peningkatan masalah rabun telah meningkat ketara dalam kalangan kanak-kanak berusia 6 tahun sehingga 8 tahun.

Maka, Ibu bapa diminta untuk terus memantau penggunaan peranti pintar pada peranti pintar. Meskipun, untuk tujuan pembelajaran seperti PdPR, kanak-kanak harus diberi peringatan bagi merehatkan tatapan mata mereka setelah melihat skrin lebih dari 30 minit dan perbetulkan kedudukan mereka ketika berinteraksi dihadapan skrin.

Saranan ini secara jelas untuk mengurangkan risiko rabun kepada kanak-kanak dan pelajar. Ia kerana, status pembiasan penglihatan mereka lebih sensitif terhadap persekitaran dan ini tidak hanya menjejaskan kesejahteraan mereka tetapi turut beri kesan kepada pendidikan negara.