Artikel

Rundingan Hak Kaji Harga Air Antara Malaysia-Singapura Akan Dilaksanakan – Setelah Pandemik COVID-19

Seperti yang umum ketahui isu berkaitan harga air mentah antara Malaysia dan Singapura telah wujud sekian lama. Namun, agenda itu tergendala susulan pandemik COVID-19.

Buat pengetahuan umum Malaysia di bawah Perjanjian Air Sungai Johor 1962 – telah memberi akses sumber air kepada Singapura. Akses ini meliputi perolehan 250 juta gelen air setiap hari kepada Singapura dan pihaknya perlu membayar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah serta menjual setiap 1,000 air yang sudah dirawat kepada Johor pada harga 50 sen.

Memahami persoalan semua pihak, Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia Tuan Ibrahim memaklumkan tindakan hak untuk menkaji semula harga air mentah antara kedua negara akan disambung kembali, setelah Malaysia dan Singapura pulih sepenuhnya dari era pandemik COVID-19.

Tindakan itu didasari atas pelbagai aspek, ia merangkumi hubungan diplomatik dua hala antara negara.

Malaysia menegaskan semakan semula harga air ini akan terus dilakukan secara konsisten – untuk makluman sebelum ini kedua negara telah melakukan rundingan pada Julai 2018, 2 Disember 2019 dan 30 Januari 2020. Tetapi agenda tersebut telah dihentikan berikutan isu pandemik.

Sebarang lanjutan rundingan akan diperincikan dari semasa ke semasa untuk makluman orang awam kedua negara.