Artikel

Putrajaya Akan Perkenal Platform Tunggal, Selaraskan Akses Semua Bantuan Kerajaan – DS Mustapa Mohamed

Melalui kepelbagaian pakej bantuan seperti Prihatin, PrihatinPKS+, Penjana, KitaPrihatin, Permai, Pemerkasa, Pemerkasa+, PEMULIH dan agensi bantuan di bawah pentadbiran kini kerajaan persekutuan tampil dengan inisiatif baharu iaitu pengenalan platform tunggal – untuk menjadi pusat sehenti kepada akses seluruh bantuan kerajaan.

Menerusi makluman itu, platform ini bakal tersedia pada akhir Oktober kelak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan, kewujudan platform ini akan membantu memastikan tiada pihak akan ketinggalan berhubung akses bantuan. Ketika ini, pentadbiran negara memiiki pelbagai agensi bantuan untuk masyarakat.

Selain bahagian kebajikan, terdapat lebih daripada 20 agensi menyalurkan bantuan berkaitan segmen biasiswa dan makanan kepada orang awam.

Usaha membangunkan platform ini – ia akan membantu pentadbiran negara meneliti, memantau perolehan bantuan individu dan mengetahui pihak yang ketinggalan.

Penglibatan agensi pada platform ini juga memerlukan perincian lanjut, ini bagi mengelakkan daripada sebarang pertindihan berhubung agihan bantuan kelak.