Artikel

AS Dijangka Buka Semula Sektor Penerbangan Antarabangsa, Terhadap 33 Buah Negara – Mulai November Kelak

Amerika Syarikat (AS) pada pengumuman baharunya memaklumkan akan menarik kembali sekatan perjalanan kemasukan ke negara mulai November kelak.

Langkah penarikan semula sekatan perjalanan ke atas 33 buah negara ini, dilihat akan merancakan kembali arena sektor penerbangan antarabangsa.

Bagaimanapun kelonggaran itu didatangi dengan kriteria yang ketat untuk para pelancong asing seperti

  • Memerlukan individu melengkapkan vaksinasi COVID-19, iaitu 3 hari sebelum perjalanan
  • Wajib mengamalkan pemakaian pelitup muka
  • Perlu sertakan maklumat diri bagi pengesanan kontak rapat kepada pihak berkuasa

Akan tetapi, perincian kelonggaran ini dilihat masih kurang jelas. Semua pihak perlu menanti maklumat terperinci sama ada pentadbiran AS hanya membenarkan jenis vaksin tertentu sahaja yang dibenarkan lepasi ke negara mereka.

Setakat ini, AS sekadar meluluskan penggunaan vaksin Pfizer, Moderna dan Johnson & Johnson sahaja. Sementara status kebenaran bagi individu yang perolehi vaksin Rusia dan China masih tidak diketahui.

Untuk makluman 33 buah negara yang sebelum ini disekat, merangkumi China, India, Brazil serta beberapa negara Eropah.