Artikel

Sekitar 580,000 Isi Rumah Kumpulan M40 – Kini Beralih Turun Kepada B40

Menyedari peningkatakan kadar pengangguran yang kekal di paras 4.8% ketika ini, pelbagai pihak mulai mengusulkan tindakan kerajaan untuk mengemaskini semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Malaysia.

Pendapatan Garis Kemiskinan – ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) bersandarkan Laporan Survei Isi Rumah Dan Kemudahan Asas (HIS&BA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bagi penerangan yang lebih mudah – ia adalah petunjuk kepada jumlah pendapatan yang diperlukan oleh isi rumah bagi memenuhi keperluan makanan dan bukan-makanan minimum, untuk kekal sihat dan aktif

Ini kerana, berdasarkan pengamatan DOSM terdapat 580,000 isi rumah iaitu bersamaan dengan 20% daripada kumpulan M40 negara, kelas pendapatan pertengahan – telah mengalami penurunan pendapatan kepada B40.

Untuk makluman, penurunan had pendapatan ini membabitkan individu yang miliki paras gaji dalam lingkungan RM4,850 hingga RM10,959. Situasi ini ternyata kesukaran pandemik telah menjejaskan perolehan isi rumah negara dan data itu hanya membabitkan M40 sahaja, tidak merangkumi data menyeluruh T20 dan B40 yang turut terkesan.

Maka, Perdana Menteri Ismail Sabri memaklumkan pihaknya akan melaksanakan kemas-kini aras PGK negara pada tahun hadapan, selari dengan pelaksanaan Kajian Pendapatan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2022.

Setakat ini, Malaysia masih mengamalkan paras PGK pada tahun 2019, dengan purata nasionalnya adalah RM2,208 sebulan.