Kewujudan aplikasi MySejahtera sejak tahun lalu – telah banyak membantu negara, mendepani pengurusan pandemik bersama orang awam. Selari dengan kepentingan peranannya selaku apikasi nasional Malaysia, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan pembayaran kepada pembangun aplikasi, mulai 1 April lalu.
Kenyataan lisan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri pada sidang parlimen hari ini bagaimanapun, tidak menyentuh angka jumlah pembayaran tersebut. Beliau sekadar memaklumkan penilaian kaedah serta jumlah pembayaran sedang dimuktamadkan oleh pihak autoriti.
Antara yang terlibat merangkumi Unit Pemodenan Tadbiran, Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan dianggotai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Untuk makluman, pada awal pembabitan Aplikasi MySejahtera ia bertindak selaku CSR – Corporate Social Responsibility di mana aksesnya terbuka terhadap persekitaran sosial dan penilaian pembayaran ini mula dilakukan setelah tempoh CSR selama setahun, tamat pada 31 Mac lalu.
Meskipun terdapat kritikan berhubung pembangunan aplikasi ini, PM Ismail memaklumkan perkhidmatannya aplikasi ini akan terus mengalami penambahbaikan dari semasa ke semasa – berdasarkan tahap kepuasan rakyat negara.