Artikel

Genting Highlands, Pulau Tioman Dan Bandaraya Melaka – Antara 3 Destinasi Pelancongan Yang Bakal Dibuka Kelak

Setelah pembukaan Pulau Langkawi, beberapa destinasi pelancongan kini mulai menjadi tumpuan sektor untuk merancakkan kembali aliran pertumbuhan negara.

Antara tempat pelancongan yang terlibat adalah Genting Highlands, Pulau Tioman dan bandaraya Melaka – yang dijangka bakal dibuka kepada tatapan awam, menjelang 1 Oktober kelak.

Menurut Datuk Seri Nancy Shukri Menteri Pelancongan negara, sasaran telah diluluskan pada mesyuarat kedua Menteri Kuartet COVID-19 pada hari ini (21 September). Kelulusan tersebut akan dikemukakan ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang akan dikendalikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri pada 22 September ini.

Sebarang perincian lanjut berhubung pembukaan ini, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.