Rata-rata rakyat Malaysia mulai selesa akan penggunaan transaksi secara digital, sebagai pilihan pembayaran mereka.
Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MOF) pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Malaysia hari ini (21 September) berdasar data 12 bulan, setakat Jun 2021 – menunjukkan orang awam dan perniagaan di Malaysia kini terdedah kepada penggunaan perbankan atas talian, di mana platform ini telah melonjak 36% penggunaannya.
Situasi ini dipacu susulan kehadiran pandemik COVID-19 sejak Mac 2020, ia telah mengubah cara perbelanjaan individu – untuk mengekalkan kesejateraan kewangan dan kesihatan mereka.
Peningkatan penggunaan perbankan atas talian itu, secara langsung membawa kepada rekod 12.1 bilion pembayaran telah dicatatkan Malaysia.
Tidak hanya itu, jumlah pembayaran dompet digital juga memaparkan peningkatan 89% kepada 468 juta transasksi – dalam tempoh data yang sama.
Sementara kemudahan QR kod juga turut meningkat 57% dengan 1 juta pendaftaran dicatatkan dalam tempoh 12 bulan. Melalui dorongan pemerkasaan ini, ia akan memberi tambah nilai kepada ekonomi digital negara, di samping meningkatkan aliran tunai perbelanjaan.