Artikel

SC Laksana CMP3, Sasar Pengukuhan Pasaran Modal Malaysia – Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi

Bagi memastikan ekosistem pasaran modal negara terus inklusif dan meluas bersama rakyat – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini menampilkan Pelan Induk Pasaran Modal 3 (CMP3) bagi tempoh 5 tahun.

Pelan tindakan ini akan mengetengahkan 6 keutamaan serta peraturan utama pasaran kepada umum. Melalui pengenalan CMP3, ia berpotensi selaku panduan memacu pertumbuhan, memperkasakan ekonomi, meningkatkan kecekapan hasil dan menerapkan kepentingan teknologi pada pembangunan Malaysia.

SC meilihat usaha ini selari dengan gagasan Malaysia untuk peralihan ke negara berpendapatan tinggi kelak. Adanya kepelbagaian aturan pasaran modal, ia akan memperkemaskan kehadiran Malaysia dalam perolehan pelaburan dan meningkatkan prestasi usahawan negara.

Untuk makluman, setakat ini Malaysia memiliki kepelbagaian pasaran antarannya pasaran ekuiti lebih 900 syarikat tersenarai, pasaran bon ketiga terbesar di Asia, penerapan pasaran modal Islam serta menerajui segmen komoditi seperti minyak sawit mentah.