Artikel

Malaysia Membelanjakan Sekitar RM72.7 Bilion, Pada Penjagaan Kesihatan Tahun Ini – Tengku Zafrul

Susulan menerima persoalan berhubung penyediaan dana kecil pada penjagaan kesihatan negara tahun ini, Menteri Kewangan (MOF) Tengku Zafrul menyelar tanggapan tersebut.

Ini kerana, peruntukan dana penjagaan kesihatan melibatkan sektor awam dan swasta pada tahun ini, dijangkakan merangkumi 5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu menyamai jumlah RM72.7 bilion.

Malah Tengku Zafrul menegaskan, peningkatan dana tidak hanya berlaku pada tahun ini sahaja. Ia mula meningkat sejak tahun 2016 dengan perbelanjaan 4.2% daripada KDNK, 2018 pula meningkat kepada 4.4% dan tahun 2019 meningkat kepada 4.5%.

Berdasarkan penjelasan ini, meskipun negara tidak mencecah paras 7% daripada KDNK negara seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) – tetapi peningkatan itu, kekal menunjukkan komitmen pentadbiran dalam mengutamakan kesihatan negara.