Bermula hari ini Perusahaan, Kecil dan Sederhana (PKS) mikro akan menerima agihan bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0, dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM500 juta.
Dana bantuan ini dilaksanakan kepada 2 fasa, di mana pembayaran pertama pada bulan September, sekitar RM500 dan November pula sebanyak RM500.
Menerusi agihan ini, ia berupaya memanfaatkan lebih sejuta warga PKS mikro – secara terus dapat meringankan bebanan tanggungan dan aliran tunai mereka.
Individu yang terlibat tidak perlu khuatir akan penerimaan dana, agihan tersebut akan terus disalurkan ke akaun bank yang telah didaftar di bawah sistem GKP.
Bagi pihak yang ingin melakukan semakan kelulusan GKP 4.0, boleh layari pada pautan SEMAKAN Geran Khas Prihatin (GKP).
Untuk makluman umum, secara keseluruhan peruntukan yang ditetapkan pada dana GKP ini, sama ada yan telah disalurkan mahupun akan disalurkan adalah bernilai RM6.08 bilion.