Penularan COVID-19 telah membantutkan pengeluaran hasil bekalan komoditi di Asia Tenggara. Tidak hanya sektor perladangan kelapa sawit milik Malaysia yang ketandusan pekerja, namun Vietnam selaku pengkesport utama kopi mengikut jumlah di dunia – turut berdepan risiko yang sama.
Menurut pemerhati ekonomi Natixis, Trinh Nguyen – kejutan pandemik ini telah menjejaskan perdagangan yang dipikul oleh Malaysia dan Vietnam selaku peneraju pasaran utama komoditi peringkat global.
Risiko membabitkan penangguhan beberapa operasi serta kekurangan tenaga kerja ini dilihat akan terus mendorong kepada kenaikan harga bekalan.
Mengikut Biro Statistik Tenaga Kerja AS, purata harga asas kopi telah meningkat AS$4.75 per lb pada April lalu, ini bermakna ia telah melonjak 8.1% berbanding awal tahun lalu dan kenaikan ini lebih tinggi berbanding Julai 2015.
Kenaikan harga tersebut dilihat akan terus berlaku mengikut peralihan musim di sesebuah negara.
Untuk makluman Vietnam yang juga bertindak selaku pengeksport terbesar bagi kopi robusta yang digunakan pada campuran kopi segera dan espresso, terpaksa menunda penghasilan kopi dan mengeksport bekalannya.
Setakat data tahun ini iaitu sehingga 15 Ogos 2021 – rekod memperlihatkan Vietnam alami kejatuhan eksport kopi sejumlah 8.2%, situasi itu mendorong kebimbangan kepada pembekal kopi.
Situasi ini lebih memburuk apabila Brazil yang turut berperanan selaku pengeksport utama kopi mengalami masalah perubahan cuaca. Ini meningkatkan lagi kadar gangguan rantaian dagangan pada pengleuaran.
Situasi ini jelas memaparkan, paras harga bekalan komoditi akan terus meningkat. Meskipun isu tenaga kerja dapat diatasi kelak, namun kos membabitkan penghantaran pengangkutan akan kekal tinggi – ia kerana tempoh sekatan setiap negara memiliki peraturan yang berbeza berdasarkan tahap kesihatan mereka.