Artikel

MAHB, Maxis – Perluaskan Agenda Digitalisasi Melalui Kerangka Smart Airport

Sebahagian usaha mengembangkan aturan digitalisasi bagi operasi Smart Airport – Malaysia Airports Holding Bhd bersama Maxis kini mengatur kerjasama mengukuhkan asas teknologi baharu yang diterapkan pada lapangan terbang.

Usahasama ini akan memanfaatkan peranan Maxis selaku pengendali telekomunikasi segmen kesalinghubungan, ini akan membantu penyelesaian rangkaian WiFi dan 5G di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di masa hadapan.

Selain itu kerjasama ini turut akan meningkatkan kecekapan pada segmen Smart Travel & Tourism, Smart Retail dan Smart Security.

Tidak hanya itu, pelaksanaan platform Tourist Hub untuk penumpang juga akan dibangunkan – menawarkan akses kepada pengguna berhubung panduan perjalanan, promosi dan pelbagai tawaran.