DHL Express hari ini mengumumkan mereka akan meningkatkan harga perkhidmatan mereka, secara purata sebanyak 4.9% bermula 1 Januari 2022 kelak.
Peningkatan harga ini dilakukan disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk inflasi akaun, selain perkara melibatkan kos pentabiran melibatkan perundangan dan keselamatan.
DHL Express turut mengatakan langkah ini akan membolehkan mereka terus melabur dalam pembangunan infrastruktur dan teknologi, sekaligus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Dengan pengumuman pihak DHL Express ini, tidak mustahil kita melihat beberapa syarikat penghantaran barangan lain turut meningkatkan harga masing-masing.