Jun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menawarkan jawatan guru kepada pihak berkelayakan di bawah Pengambilan Guru Secara One-Off – melibatkan sekitar 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan Gred DG41 disasarkan untuk pengambilan khas ini.
Berdasarkan penawaran itu, ia telah mengisi kekosongan jawatan guru di seluruh negara sekitar 86.7%. Setakat ini, hanya 2,862 kekosongan guru sahaja yang masih tersedia di negara.
Bagi mengatasi kekosongan pendidik itu, pihak KPM akan melakukan pengisian jawatan dalam tempoh terdekat.
Menurut Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Radzi Jidin – pengisian kekosongan tersebut telah dipantau oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk lantikan lanjut.
Pihaknya memaklumkan – kekosongan jawatan guru diberi keutamaan kepada graduan yang memiliki kelayakan iktisas pendidikan, sama ada terhadap graduan universiti awam (UA) mahupun pengajian swasta (IPTS).
Untuk makluman, kekurangan guru ini nyata telah menjadi permasalahan negara sejak tahun 2016 lagi – berikutan pengurangan pengambilan IPG sebelum ini. Malah segmen pengambilan ini bertujuan untuk mengatasi kekurangan dari aspek pengkhususan subjek yang kritikal mengikut keperluan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Antara negeri yang negeri yang mengalami kekurangan pendidik, setakat ini adalah:
- Sarawak
- Sabah
- Johor
- Selangor