Artikel

MASkargo, Cargo.One – Perkasa Segmen Penghantaran Global Melalui E-Tempahan

Seiring dengan peningkatan segmen penghantaran, MASkargo kini bertindak meningkatkan perluasan empayar pasaran kargonya dengan memeterai kesepakatan pengedaran bersama platform tempahan secara atas talian global, cargo.one.

Kerjasama ini akan memberi akses mudah penyelesaian digital segmen penghantaran kepada seluruh pengguna kedua-dua entiti di pasaran Asia dan Australia. Di mana antara fungsinya – syarikat penghantaran pihak ketiga akan menerima akses kadar serta kapasiti masa nyata MASkargo untuk pengesahan penerimaan tempahan.

Lebih menarik usahasama ini, dapat mengetahui dinamik permintaan pengguna dan daya kerelevanan perkhidmatan berdasarkan platform e-tempahan.

Malah Maskargo dan cargo.one turut merancang mengintegrasikan sistem bersama dan menjangkakan perluasan kapasiti MASkargo kepada penghantaran dapat dilaksanakan sebelum akhir 2021 kelak.

Adanya fungsi kedua pihak ini akan meningkatkan kecekapan MASkargo pada jualan digital dan meningkat 20 laluan tambahan cargo.one kepada para pengguna seperti destinasi Jakarta, Singapura, Guangzhou dan Sydney.