Artikel

Kumpulan B40 Kini Terima Pakej Penjagaan COVID-19 – Meliputi Kit Ujian Kendiri, Peralatan Kesihatan

Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri kini memaklumkan agogna Pakej Penjagaan COVID-19 kepada kumpulan B40.

Kenyataan pada hari Ini (19 September) ini bertujuan meringankan bebanan kewangan dan menerapkan pelaksanaan norma baharu pada kalangan orang awam.

Antara agihan pakej yang terlibat adalah:

  • Pelitup muka
  • Kit Ujian Kendiri COVID-19 ( 4 kit untuk setiap keluarga)
  • 1 pulse oximeter
  • 1 termometer
  • Risalah panduan kesihatan

Pengagihan ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan penerima BPR – Bantuan Prihatin Rakyat, yang telah berkeluarga. Ini bermakna sekitar 3.6 juta keluarga B40 akan menerima manfaat sedemikian.

Tidak hanya itu, kerajaan turut menyatakan hasrat untuk pengagihan dos penggalak kepada rakyat  negara kelak.

Namun pelaksanaan tersebut akan diperincikan dari semasa ke semasa.