Artikel

Hampir 8,500 Pelancong Kini Memasuki Pulau Langkawi – Sementara 10 Kes Positif Dikesan Ketika Pra-Ketibaan

Setakat ini, sekitar 8,492 pelancong domestik telah tiba memasuki Pulau Langkawi. Berdasarkan data pada 12 tengah hari ini, sekitar 10 individu telah didapati positif pada ujian saringan di pra ketibaan.

Ini menyebabkan 10 individu dengan lima adalah kontak rapat dari jumlah sebenar penumpang 8,502 itu, terpaksa diarahkan menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing. Melalui rangkuman ujian saringan pada jumlah 2,507 pelancong ini, terdapat perincian angka KKM bagi pelaksanaan tersebut – ia meliputi;

  • 2,326 individu telah jalani saringan di lapangan terbang
  • 181 individu telah jalani saringan di Jeti Kuala Perlis
  • 26 kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke bawah, dikecualikan jalani saringan
  • Didapati 1 orang individu didapati positif COVID-19 di KLIA2

Pada perkongsian maklumat itu, KKM menegaskan orang awam perlu terus mengamalkan pematuhan SOP, meskipun sedang melalui fasa bercuti. Malah semua pelancong yang terlibat diminta untuk mendapatkan rawatan awal atau laksana ujian kendiri – bagi memastikan tiada sebarang simptom diperolehi setelah selesai bercuti.

Sikap prihatin semua pihak mampu membantu Malaysia, melandaikan kembali keluk penularan COVID-19 dan meningkatkan semula daya pertumbuhan ekonomi.