Artikel

Ingin Kurangkan Kebergantungan Bekalan – MOSTI Peruntukan RM60 Juta, Bagi R&D Vaksin COVID-19

Pembekalan dos vaksin COVID-19 dilihat suatu keperluan bagi setiap negara, untuk menjamin kelangsungan kesihatan rakyat negara. Memahami permintaan tersebut, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini memperuntukan sekitar RM60 juta pada penyelidikan dan pembangunan vaksinasi (R&D).

Tindakan itu berupaya, mengurangkan kadar kebergantungan negara terhadap agihan bekalan vaksin luar negara.

Kenyataan Timbalan Menteri MOSTI Datuk Ahmad Amzad memaklumkan, antara pihak pembangunan yang terlibat dalam pelaburan vaksinasi tersebut, adalah;

  • Institut Genom Malaysia (lebih RM54 juta)
  • Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia pula menerima sekitar RM5 juta

Setakat ini, pihak yang berkaitan sedang melaksanakan penelitian terhadap kuman yang dinyahaktif dengan menggunakan teknologi mRNA.

Melihat pada kerugian yang dialami negara, dengan membelanjakan sekitar RM4 bilion pada perolehan vaksin – ia memerlukan usaha negara untuk tampil selaku pengeluar dan pengimport.

Meskipun daya usaha ini mengambil masa yang panjang, dianggarkan 2 tahun hingga 5 tahun, tetapi usaha sedemikian berbaloi untuk memenuhi permintaan pasaran di masa hadapan.