Artikel

Anda Kini Boleh Menyemak Status Rayuan BPR, Mulai 18 September – Hampir 200,000 Individu Tersenarai

Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan hampir 200,000 individu yang memohon rayuan perolehan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kini telah tersenarai untuk menerima agihan tersebut.

Semua individu yang terlibat boleh melaksanakan semakan BPR 2021 pada pautan bpr.hasil.gov.my. Berdasarkan kenyataan, kelulusan itu merangkumi peruntukan kesluruhan sekitar RM240 juta.

Menurut Tengku Zafrul, agihan untuk permohonan rayuan ini akan dilaksanakan pada akhir September 2021 kelak dan agihan itu termasuk pembayaran kepada penerima BPR Fasa 3.

Tidak hanya itu, MOf turut membuka peluang kepada penerima rayuan BPR untuk turut sertai Program Jaringan Prihatin, di mana penebusan peranti itu dapat dilakukan sehingga 30 September kelak.