Jaminan kesihatan dan keselamatan menuntut nilai yang tinggi untuk kebaikan semua pihak. Maka, potensi itu berkemungkinan berlaku ke atas penetapan kos ibadah haji pada tahun hadapan.
Jangkaan ini telah dinyatakan oleh Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), yang melihat lonjakan kos adalah merangkumi tindakan penguatkuasaan yang ketat dari SOP Arab Saudi.
Ini kerana, sekiranya dahulu penempatan bilik hotel mampu meletakkan sekitar 5 individu, kini berkemungkinan kapasiti itu akan dihadkan kepada 2 individu. Untuk penginapan pihak PAPUH menjangkakan sekitar RM17,000 kos perlu disediakan.
Lebih membimbangkan kos itu tidak termasuk dengan perbelanjaan tambahan, seperti pengangkutan.
Untuk makluman, sebelum ini kos perjalanan ibadah haji adalah RM20,00 namun melalui subsidi Tabung Haji ia menurun kepada RM10,000. Tetapi disebabkan sasaran kenaikan kos – ini akan mendorong ketidakmampuan jemaah untuk mengikutinya.
Bagaimanapun kadar kos tersebut masih tidak diketahui dari arahan semasa pihak autoriti.