SOCAR Mobility Malaysia, platform penyedia sewaan kenderaan mengikut jam kini telah menerima pelaburan pada jumlah AS$55 juta (RM229.57 juta) untuk perluaskan operasi di pasaran Asia Tenggara.
Perolehan ini diraih pada pembiayaan Siri B iaitu hasil suntikan modal dari EastBridge Partners iaitu ekuiti swasta Korea Selatan dan Sime Darby, syarikat multinasional negara.
Menerusi dana ini, ia menjadikan jumlah pembiayaan Socar setakat ini adalah bernilai AS$73 juta. Pengumpulan dana ini akan diserapkan pada pemacuan infrastruktur teknologi dan aspek keselamatan.
Selain itu, Socar turut memaklumkan perancangan mereka untuk turut serta pada gagasan pengangkutan lestari, di samping memperkasakan sektor perkongsian kereta di bawah anak syarikatnya iaitu TREVO.