Keperluan sokongan teknologi pada industri pembinaan wajar diperkasakan negara, ia secara langsung dapat membantu menampung ketirisan tenaga kerja yang sedang dihadapi Malaysia.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) melihat penerapan teknologi percetakan pembinaan 3D dapat menjadi suatu alat pencetus kepada industri untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
Susulan itu, sebuah ekosistem membabitkan pembangunan undang-undang, peraturan, kriteria dan tekonologi sokongan akan dibangunkan oleh CIDB.
Setakat ini berdasarkan laporan Berita Harian, penggunaan teknologi tersebut akan dilaksanakan dalam agenda projek perintis, yang membabitkan pembinaan 5 kediaman mampu milik bersama KA Bina Sdn. Bhd. Ia menyertakan konsep reka bentuk piawai yang dibangunkan oleh CIDB.
Selain itu, untuk industri menyeluruh penelitian pada tinjauan khusus sedang dilakukan bagi mengetahui cabaran yang didepani kontraktor Malaysia sepanjang pandemik COVID-19. Usaha semakan ini tidak hanya dapat membantu pemain industri, namun turut mengetahui dinamik industri pembinaan negara akan kekurangan dan kelebihan yang boleh dimanfaatkan.