Artikel

China Kemuka Permohonan Rasmi – Sertai Pakatan Perdagangan Bebas, CPTPP

CPTPP atau Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik adalah sebuat pakatan perdagangan bebas antarabangsa terbesar yang merangkumi penglibatan Malaysia, Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, Peru, New Zealand, Singapura dan Vietnam.

Kini permohonan rasmi pada penyertaan pakatan itu telah mula dikemukakan oleh China, pada hari ini (17 September).

Buat pengetahuan umum, pakatan perdagangan ini merangkumkan sekitar 13.5% pada sumbangan ekonomi global.  Melalui keanggotaan China kelak, ia akan merancakan lagi dinamik kerjasama perdagangan.

Menurut Menteri Perdagangan Wang Wentao, permohonan rasmi tersebut telah dilakukan menerusi surat kepada Menteri Perdagangan New Zealand, Damien O’Conor.

Sementara bagi perdagangan tempatan Malaysia pula – menyasarkan akses perjanjian perdangangan bebas (FTA) bersama Kanada, Mexico dan Peru. Adanya peluang penerokaan, 3 pasaran ini mampu menghasilkan pulangan ekonomi yang baik buat KDNK negara.

Menerusi 3 pasaran itu, ia berpotensi mewakili sekitar 199 juta penduduk dan gabungan KDNK adalah pada nilai AS$2.921 bilion – ia 8.6 kali lebih besar daripada ekonomi Malaysia.