Kualiti udara sememangnya antara fungsi utama dalam pemantauan landskap ekonomi sesebuah negara. Kecuaian mengatasinya jelas akan memberi gambaran buruk terhadap infrastruktur industri, perniagaan serta sistem pengangkutan.
Melalui isu tersebut, Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali Presiden Jokowi kini didapati bersalah oleh mahkamah atas kecuaian menangani kesan pencemaran udara di Jakarta.
Selain Presiden, 3 menteri lain turut terlibat atas kesalahan sedemikian iaitu Menteri Perhutanan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan.
Untuk makluman umum, tindakan perundangan dilakukan susulan tuntutan yang dikemukakan oleh 32 warga Jakarta pada tahun 2019, apabila bandar tersebut telah menduduki tangga terakhir pada Indeks Kualiti Udara Anatarabangsa.