Bagi mengekalkan kestabilan sumber makanan dunia, pelbagai inisiatif dan kemajuan sistem sesebuah rangkaian perlu dipertingkatkan. Melalui tanggapan itu, Nestlé kini merancang untuk memajukan sistem makanan regeneratif atau jana-semula, supaya dapat menampung kelestarian pertanian global.
Keseimbangan ini bertujuan untuk melindungi dan memulihkan alam sekitar, demi kesejahteraan pengguna dan para petani.
Untuk makluman, pelaksanaan ini telah diumumkan pada sidang kemuncak Sistem Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, ia adalah sebahagian sumbangan Nestlé dalam mencapai pembangunan lestari dunia menjelang 2030.
Perancangan Nestlé ini akan membawa kepada kolaborasi bersama semua rangkaian makanan – termasuklah penglibatan lebih 500,000 petani dan 150,000 pembekal, bersama rakan kongsi antarabangsa.
Antara pendekatan awal yang dimulakan pada amalan pertanian lestari tempatan – adalah tanaman selingan dan sungkupan menggunakan jerami padi. Kaedah itu berupaya menyuburkan tanah dan mengekalkan kelembapannya. Ini membawa impak yang positif untuk pengeluaran hasil padi negara.
Tidak hanya itu, Nestlé turut melaksanakan konsep penanaman semula pokok sejak tahun 2011 pada ekosistem perhutanan di Sabah, di bawah Projek RiLeaf. Sementara Kelantan pula melibatkan amalan pertanian lestari ladang cili dan Kedah pula penanaman padi serta pengeluaran kopi.