Artikel

Sabah, Sarawak Terima Peruntukan Antara Tertinggi Melalui RMK-12 – PM Ismail Sabri

Sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini, iaitu bertarikh 16 September – pentadbiran negara menzahirkan matlamat, terus kekal komited dalam menjamin kepentingan Sabah dan Sarawak di Malaysia.

Pada acara kemuncak sambutan hari ini, Perdana Menteri Ismail Sabri menyatakan melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia (MA63) negara akan terus mengambil perhatian dalam segala hal dan menawarkan manfaat yang setimpal buat kedua-dua negeri.

Antaranya mengumumkan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 Рdi mana Sabah akan menerima RM4.66 bilion, sementara Sarawak pula akan menerima RM4.47 bilion. Jumlah peruntukan ini adalah antara tertinggi dalam senarai agihan untuk setiap negeri. Menerusi aliran dana tersebut, ia berperanan dalam meningkatkan pembangunan dan hala tuju ekonomi di Sabah dan Sarawak.

Selain itu PM Ismail turut memaklumkan, perluasan JENDELA iaitu penerapan jalinan digital bakal dipertingkatkan untuk kedua buah negeri. Seiring dengan usaha itu, sekitar RM7.7 bilion akan diperuntukan untuk teknologi 5G di Sabah dan Sarawak, bagi tempoh 5 tahun.

Usaha ini secara tidak langsung seiring dengan matlamat infrastruktur digital negara dalam memajukan semua pihak dan memperkasakan penerapan pada sektorseperti pendidikan, ekonomi dan jaringan hubungan.