Artikel

KPMG Setuju Bayar RM333 Juta – Selesaikan Isu Saman Berkaitan Kecuaian Audit 1MDB

Hasil persetujuan KMPG melakukan pembayaran RM333 juta susulan isu saman berkaitan dakwaan kecuian dan pelanggaran kontrak pada audit penyata kewangan 1MDB – menunjukkan komitmen negara untuk memulihakan kembali hak semua pihak yang terlibat pada isu ini.

Kementerian Kewangan (MOF) melihat amaun penyelesaian tersebut adalah lebih 800 kali ganda tinggi daripada perolehan fi audit KPMG dan ia diklasifikasikan antara penyelesaian terbesar berkaitan 1MDB.

Menurut Tengku Zafrul, Menteri MOF menegaskan tindakan sewajarnya akan dilakukan ke atas pihak yang terlibat – berdasarkan momentum semasa, penyelesaian ini akan membantu negara menijmatkan sumber awam dari segi masa dan kewangan untuk menuntut keadilan.

Buat pengetahuan umum, setakat Julai pentadbiran negara dan 1MDB telah memfailkan tuntutan berjumlah AS$5.64 bilion bersamaan RM23,63 bilion terhadap 44 rakan kongsi KPMG Malaysia, disebabkan kecuaian mereka ketika terlibat selaku juruaudit.