Artikel

Terengganu Kini Beralih Ke Fasa 3 PPN – PM Ismail Sabri

Hari ini (15 September) Perdana Menteri Ismail Sabri memaklumkan peralihan Terengganu ke Fasa 3 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pelaksanaan itu akan bermula mulai 17 September ini. Peralihan Terengganu telah didasari berlandaskan 3 indikator yang telah ditetapkan di bawah PPN.

Untuk makluman, ini perincian peralihan negeri mengikut Fasa di bawah PPN;

Fasa 4 PPN

  • Labuan

Fasa 3 PPN

  • Perlis
  • Sarawak
  • Negeri Sembilan
  • Terengganu

Manakala Fasa 2 PPN adalah;

  • Perak
  • Pahang
  • Kelantan
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Melaka
  • Selangor
  • Putrajaya
  • Kuala Lumpur

Fasa 1 PPN pula;

  • Johor
  • Kedah