Artikel

Harga Minyak Petrol Tidak Mengalami Peningkatan – RON97, RON95 Kekal Di Paras Sama

Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara esok, ia menunjukkan pengekalan pada minggu ini.

Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 16 September 2021 hingga 22 September 2021.

RON97 kekal dengan catatan RM2.73 sen seliter, sementara RON95 pula turut kekal di paras harga RM2.05 sen seliter – ini disebabkan penetapan harga siling.

Diesel juga masih kekal pada paras harga RM2.15 sen seliter.

Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.