Artikel

Golongan Remaja, Pelajar – Kini Ditawarkan Pakej Internet 20GB Serendah RM30 Dan Miliki Peranti Pintar

Memahami tuntutan akses internet dan penggunaan peranti pintar – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) kini tampil dengan tawaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia.

Terdapat 2 kemudahan disediakan dalam pakej ini. Pertama ia merangkumi pakej prabayar khusus serendah RM30 untuk penggunaan data 20GB kumpulan remaja, pelajar dan termasuklah pelajar pascasiswazah.

Melalui kemudahan pertama ini, pelajar turut dapat nikmati akses internet asas 1GB percuma setiap hari, ini bermakna perolehan 90GB percuma setiap hari dapat ditebus oleh kumpulan pelajar.

Sementara pakej kedua pula – memberi kemudahan kepada remaja untuk menaik-taraf peranti budah alih dan VoLTE secara percuma. Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM60 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Adanya penawaran sedemikian ini akan membantu merancakan lagi penyertaan golongan muda pada penerapan akses maklumat secara atas talian.

Untuk makluman, penawaran akses internet dan perolehan peranti pintar ini akan dimulakan pada 15 Oktober sehingga 15 April 2022 kelak.