Artikel

Isi Rumah Berpendapatan Tidak Lebih RM3,000 – Kini Boleh Memohon Inisiatif Rumah Keluarga Malaysia

Meneliti keperluan kediaman untuk rakyat negara yang berpendapatan tidak lebih dari RM3,000 sebulan – pengenalan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM kini diperlihatkan.

Di mana insiatif ini akan tertumpu kepada 1,000 unit kediaman di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Johor.

Sebagai langkah permulaan, inisiatif kediaman ini akan menawarkan kadar sewa minimum adalah pada harga RM124 sebulan. Penetapan itu seiring dengan cabaran ekonomi semasa yang dihadapi orang awam. Bagi perincian, isi rumah negara perlulah memenuhi kelayakan sedemikian;

  • Pendapatan isi rumah tidak lebihi RM3,000 sebulan
  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Tidak memiliki rumah dan tempoh sewaan telah tamat

Untuk sebarang makluman lanjut, orang awam boleh melayari pautan TEDUH KPKT teduh.kpkt.gov.my.