Artikel

RUU Ombudsman Akan Dibentang Tahun 2022 – Sebuah Badan Bebas Teliti Aduan Awam Terhadap Agensi Kerajaan

Berdasarkan perkongsian jawapan bertulis Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri pada sidang parlimen, pentadbiran negara kini sedang merangka Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia, iaitu sebuah badan bebas yang berperanan menyelesaikan aduan orang awam terhadap agensi kerajaan.

Kerangka RUU tersebut dijangka dapat dibawa ke kabinet selewatnya pada akhir tahun ini dan dibentangkan pada sidang parlimen tahun 2022.

Menerusi kerangka RUU Ombudsman, ia berpotensi menjadi platform semakan yang baik untuk menilai prestasi penyampaian perkhidmatan awam negara terhadap orang awam.

Malah ia tidak hanya mengetahui kekurangan perkhidmatan, tetapi memiliki peranan menambahbaik sistem pengurusan agensi awam.