Artikel

Skim OPIMIS – Bantu Sektor Perladangan Tingkatkan Produktiviti Kerja Sehingga 40%

Pengenalan skim Insentif Mekanisasi Sawit (OPIMIS) sejak tahun 2016, dilihat telah membantu sektor perladangan mendepani risiko kekurangan tenaga kerja.

Sehingga kini ia berupaya merancakan kapasiti produktiviti sehingga 40%. Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) perluasan skim tersebut memperuntukan RM4.5 juta. Ia memiliki sambutan yang baik, khususnya dalam kalangan pekebun kecil dan pengusaha ladang.

Berdasarkan rekod hampir 1,400 unit pembelian pelbagai jentera dan perkakasan telah dicatatkan. Data itu menunjukkan insentif mekanisasi dapt mengurangkan kebergantungan pemain industri, ketika ketandusan tenaga kerja.

Melihat penggunaan yang baik pada insentif tersebut, MPOB terus melanjutkan usahasama dengan penubuhan Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) – untuk menyokong amalan mengurangkan kebergantungan pemain terhadap tenaga buruh.

Walaupun, kekurangan pekerja melihatkan penurunan ketara pada pengeluaran, namun prestasi sektor masih kekal stabil.