Usaha Malaysia Airports Holding (MAHB) meningkatkan kerjasama perjalanan udaranya bersama Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG), Turki kini menghasilkan pemulihan buat perkhidmatan.
Apabila khidmat udara di lapangan tersebut kekal menjadi penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan 3.5 juta penumpang MAHB bagi Ogos dengan pergerakan 3.5 juta individu.
Untuk makluman, di Turki – pentadbiran negaranya telah membuka dan melonggarkan aktiviti perjalanan merentas sempadan domestik, pemansuhan perintah sekatan, dan menerapkan penggunaan sijil digital vaksinasi untuk rakyat mereka. Dorongan antara Kesatuan Eropah (EU) dan pelaksanaan sijil digital telah membantu Turki, merancakkan perjalanan udara.
Berdasarkan pemulihan di Malaysia, MAHB pula mencatatkan 296,000 penumpang pada Ogos, yang terdiri daripada 88,000 penumpang antarabangsa dan 208,000 penumpang domestik.
Meskipun trafik perjalanan masih rendah namun ia memaparkan sedikit peningkatan dari Julai. Susulan pembukaan destinasi gelembung pelancongan Langkawi kelak, ini akan mencetus lebih banyak penyertaan penumpang.