Menjelang tahun 2050, dunia dijangka berdepan risiko pengurangan hasil ekonomi disebabkan perubahan iklim. Ini meliputi hasil pertanian, kekurangan bekalan air, serta kenaikan paras laut.
Lebih membimbangkan, isu ini akan membawa kepada penghijrahan atau migrasi 216 juta penduduk dunia dari penempatan asal.
Bank Dunia melihat anggaran sedemikian mampu mengugat kesejahteraan sumber ekonomi dunia dan akan meningkatkan tekanan pendapatan penduduk di masa hadapan.
Maka pelaksanaan pengurangan kesan gas rumah hijau, serta menutup jurang pembangunan dalam sesebuah negara mampu membantu ekonomi dunia dalam mengurangkan migrasi iklim dalaman sehingga 80%, iaitu kepada 44 juta individu menjelang 2050 kelak.
Usaha ini baik untuk persediaan setiap negara menghadapi risiko kemasukan penduduk baharu.
Berdasarkan laporan AFP, data Bank Dunia pada anggaran 216 juta migrasi penduduk dunia itu meliputi 143 juta penduduk dari Asia Selatan, Amerika Latin dan Afrika sub-Sahara.