Artikel

Taco Bell Uji Khidmat Pas Langganan Makanan 30 Hari – Sasar Tarikan Pelanggan

Kebiasaanya pengguna sering ditawarkan khidmat langganan menerusi aplikasi, platform penstriman dan perkhidmatan sosial.

Kini khidmat langganan mula diterapkan oleh Taco Bell pada aplikasi mereka untuk pengguna di cawangan terpilih, buat masa ini di pasaran antarabangsa.

Di bawah Taco Lover’s Pass – pengguna dapat menggunakan pas tersebut ketika melakukan pembelian selama 30 hari. Lebih menarik melalui pas langganan, pengguna dapat menebus taco percuma setiap hari, pada menu terpilih.

Percubaan khidmat langganan makanan ini, menetapkan perbezaan kos bergantung kepada lokasi – purata kos pas langganan dianggarkan antara AS$5 hingga AS$10.

Berdasarkan kenyataan Yum Brands, pengendali Taco Bell – percubaan khidmat langganan ini diterapkan hanya pada 17 cawangan di Tucson, Arizona bermula 9 September sehingga 24 November sahaja.

Usaha terhad ini untuk membantu Taco Bell mengetahui dinamik tingkahlaku dan pilihan pengguna selama 30 hari. Seterusnya akan mendorong pengguna untuk memuat-turun aplikasi dan menggunakan aplikasi Taco Bell.

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama jenama makanan segera menawarkan khidmat langganan. Sebelum ini, cawangan global Burger King dan Panera Bread telah melaksanakanya, namun hanya tertumpu kepada penawaran menu minuman kopi dan teh kepada pelanggan.