Artikel

Syarikat China Beli Hak Teknologi Vaksin mRNA Kanada – Pada Nilai Sekitar AS$500 Juta

Kepantasan pertumbuhan firma kesihatan berkaitan penghasilan vaksin, nyata merancakkan arena ekonomi global. Di samping memenuhi keperluan dos penggalak, firma biopharma China iaitu Everest Medicines Ltd melihat, pembelian hak teknologi vaksin mRNA dari Providence Theraputics-Kanada ini berupaya meningkatkan kapasiti mRNA China dan meningkatkan pegangan mereka kepada negara-negara tertentu.

Menurut Bloomberg, pembelian hak teknologi ini mencecah nilai tawaran AS$500 juta.

Untuk makluman perjanjian China bersama Fosun Pharmaceutical Group pada perolehan suntikan mRNA BioNTech dilihat masih tidak mencapai persetujuan bersama pihak pengawal-selia negara. Ini menandakan kesukaran kemasukan mRNA luar negara ke dalam China – dan ia dikaitkan dengan sensitiviti politik.

Namun, sekiranya pembelian ini berlaku Everest tidak hanya memiliki hak vaksin di China tetapi turut meliputi negara seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Adanya usahasama Everest-Providence, ini ia akan membawa erti kepada kepentingan China dalam pembangunan vaksin.

Selain itu China turut percaya menerusi pembangunan vaksin tempatan, pendekatan itu lebih tepat untuk negara mereka. Kini, pembangunan vaksin mRNA China dari Walvax Biotechnology sedang berada di fasa ketiga percubaan dan dijangka keberkesanan dapat diketahui pada akhir tahun ini.