Artikel

KWSP Laksana 2 Inisiatif Kepada Majikan – Bantu Ringankan Bebanan Aliran Kewangan

Menyedari cabaran kewangan yang didepani semua pihak, tidak hanya pekerja – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini mula menawarkan inisiatif baharu kepada majikan.

Tumpuan 2 inisiatif ini iaitu Pengecualian Caj Lewat Bayar Caruman dan Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR) adalah unutk membantu majikan menguruskan aliran tunai tunggakan mereka.

Bagi pengecualian caj lewat bayar – ia berkaitan kelewatan membayar caruman wajib KWSP pada tarikh yang dijadualkan. Ini bermakna majikan boleh membayar caruman mereka sehingga akhir setiap bulan tanpa dikenakan caj lewat bayar. Ia memberi fleksibiliti kepada majikan untuk mengurus aliran tunai mereka dengan kelonggaran tempoh bayaran caruman mengikut bulan semasa.

Melalui inisiatif ini, majikan tidak perlu melakukan sebarang permohonan ia akan berkuat kuasa secara automatik bermula caruman bulan September 2021 sehingga Disember 2021.

Sementara itu, bagi inisiatif e-PaR pula, majikan ditawarkan pengurangan sehingga 70%bagi menyelesaikan baki caj lewat bayar yang tertunggak bagi caruman yang lewat dibayar untuk mana-mana tempoh sebelum Ogos 2021.

Mana-mana majikan yang ingin perolehi pengurangan ini, majikan perlu memastikan caruman dan dividen yang tertunggak untuk pekerja mereka bagi tempoh sebelum Ogos 2021 telah diselesaikan sebelum 31 Disember 2021 kelak.

Adanya penerapan 2 inisiatif baharu ini – akan mengurangkan bebanan yang dipikul oleh majikan. Meskipun beberapa sektor ekonomi telah kembali beroperasi, paras kerugian premis kekal tinggi untuk jangka masa panjang. Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh layari pautan KWSP atau menghadiri mana-mana cawangan fizikal.