Artikel

Lebih 70,000 PKS Mikro Baharu Terima Manfaat Aliran Jualan – Sempena 9.9 Shopee

Shopee Malaysia kini memaklumkan lebih 70,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana telah menerima manfaat jualan berdasarkan prestasi pembelian sempena kempen 9.9, minggu lalu. 

Lebih menarik 50 pemain industri PMKS yang terlibat telah mencatatkan jualan purata sekitar RM350,000 dalam masa 1 hari. Ini memaparkan visi kempen telah berjaya melonjakkan pendekatan mengutamakan jualan barangan tempatan.

Untuk makluman, berdasarkan rekod kempen 9.9 – lebih 45 juta barangan telah dijual dalam tempoh 99 minit pertama jualan tersebut dan lebih 60 juta baucar tlah dituntut oleh pengguna bagi tempoh 2 jam pertama. Pemerhatian ini jelas menunjukkan aliran permintaan pembelian kekal stabil walaupun situasi semasa tidak membenarkan pengguna berbelanja secara fizikal, melalui atas talian isu tersebut dapat diatasi para peniaga.

Menurut Terence Pang, Keta Pegawai Operasi Shopee penyediaan platform atas talian kekal memaparkan prestasi perbelanjaan yang memberangsangkan. Meskipun berdepan kesukaran pandemik COVID-19 namun penyediaan platform Shopee berupaya membantu perniagaan, menerokai peluang jualan secara digitalisasi.

Penyertaan peniaga tidak hanya meluaskan ekosistem perniagaan digital negara tetapi meningkatkan pilihan dan aliran perbelanjaan pengguna pada era norma baharu.