Artikel

Pendekatan Dwi-Partisan Bawa Perubahan Pada Sistem Pentadbiran Negara

Istiadat pembukaan Penggal ke-4 Majlis Parlimen ke-14 pada pagi ini (13 September) diadakan dengan aturan penerapan norma baharu. Kira-kira jam 10 pagi, sidang Parlimen telah menerima ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sambil diiringi Perdana Menteri Dato’ Ismail Sabri.

Pada sidang kali ini, Agong menitahkan tindakan lanjutan pemulihan segera terus dilakukan untuk membantu kelangsungan hidup rakyat dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Agong turut menyambut baik keterbukaan kerajaan dalam membuka peluang kepada semua pihak untuk melontarkan pandangan, berhubung pelaksanaan pentadbiran negara.

Melalui pendekatan dwi-partisan ini – ia telah membuka landskap politik baharu buat Malaysia. Kenyataan itu dizahirkan dengan lontaran nasihat pepatah;

“Biduk lalu kiambang bertaut, yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua…”

Oleh semua ahli parlimen diberi penekanan untuk mengekalkan daya kerja berprestasi tinggi pada rakyat negara.