Artikel

7 Tawaran Transformasi Parlimen, Pentadbiran Kini Diumumkan – Antaranya Mengehadkan Tempoh Jawatan PM Kepada 10 Tahun

Petadbiran Malaysia kini memaklumkan 7 tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi memulihkan kembali ekonomi serta melandaikan penularan COVID-19 negara.

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri, tawaran tersebut merangkumi;

  • Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen
  • Pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat – maka satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan
  • Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun
  • Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan-  Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang
  • Setiap Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen – akan dirunding dan dipersetujui secara bersama
  • Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) – untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan
  • Ketua Pembangkang – akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri