Artikel

Sejumlah RM12.3 Bilion Bantuan Tunai – Kini Telah Disalurkan Kepada 10 Juta Penerima

Malaysia telah memperkenalkan pelbagai kaedah bantuan tunai, sejak tahun 2020 – ia merangkumi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), BPR Tambahan, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta terbaharu Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Kini sejumlah RM12.3 bilion bantuan tunai telah berjaya diagihkan dan manfaatkan sekitar 10 juta penerima.

Kenyataan melalui laporan Laksana ke-67 Kementerian Kewangan (MOF) itu telah dimaklum pada hari ini (10 September), berdasarkan pengamatan sejumlah RM4.8 bilion baki agihan pembayaran tunai akan disalurkan kelak.

Tidak sekadar itu, penyaluran tuntutan kepada petugas barisan hadapan juga telah dilakukan dengan jumlah sekitar RM941.43 juta. Data setakat 27 Ogos itu telahpun di agihakan kepada petugas yang berkaitan dalam tangani penularan COVID-19 – antaranya doktor, jururawat, serta penguatkuasa seperti polis, tentera dan kakitangan lain.