Perluasan syarikat pada pasaran global – adalah antara sasaran utama setiap entiti, termasuklah syarikat induk Shopee iaitu Sea – sebuah empayar teknologi Asia Tenggara yang kini merancang pengumpulan sekitar AS$6.2 bilion pada saham baharu dan penawaran nota pada perjanjian pembiayaan utama.
Sea adalah syarikat yang berpangkalan di Singapura dan kini mencecah nilai lebih AS$180 bilion pada papan bursa saham New York. Untuk maklumat, entiti ini berperanan tinggi pada pertumbuhan dalam pengendalian platform atas talian, e-dagang serta transaksi digital Asia Tenggara.
Melalui perancangan pengumpulan jumlah saham itu, Sea akan menawarkan 11 juta saham baharu yang bernilai sekitar AS$3.7 bilion dan terdapat kemungkinan menawarkan lebih 1.6 juta saham baharu dengan tambahan AS$375 juta.
Langkah ini seiring dengan perancangan Sea untuk menggunakan hasil mereka pada tujuan perluasan perkembangaan syarikat dan korporat.
Setakat tahun ini, perluasan e-dagang telahpun memasuki pasaran di Mexico, Chile dan Kemboja. Ini bermakna perkembangan syarikat tidak hanya meliputi luar Asia Tenggara tetapi turut merangkumi pasaran seperti Amerika Latin, dan lebih menarik pasaran India juga kini turut ditinjau oleh Sea.
Meskipun agenda ini terlihat membawa kerugian yang tinggi kepada Sea – namun prestasi pertumbuhannya menjadi tumpuan utama para pelabur, di mana sehingga kini nilai saham Sea telah melonjak sekitar 75%. Ia petunjuk yang positif buat perancangan perluasan empayar mereka.