Artikel

Semua Pengunjung Dibenarkan Memasuki Pulau Langkawi – Perlu Mohon Kebenaran PDRM

Pulau Langkawi kini menjadi destinasi pertama program gelembung perlancongan Malaysia dan ia akan dilaksanakan mulai 16 September ini.

Melalui tindakan itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kini memaklumkan semua pengunjung dari seluruh negara dibenarkan memasuki pulau pelancongan tersebut – tetapi ia dikecualikan kepada penduduk di kawasan PKPD dan para pengunjung perlu mendapatkan kebenaran perjalanan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seperti yang umum sedari – kebenaran ini perlulah menggunakan sektor pelancongan sebagai alat perjalanan. Di mana bagi individu yang menggunakan kenderaan sendiri diwajibkan mendapat khidmat agensi perlancongan, sementara individu yang menggunakan pengangkutan udara pula atau dari Kedah dan Perlis, tidak diwajibkan penggunaan khidmat tersebut.

Seterusnya kriteria utama perjalanan adalah setiap pengunjung perlu melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka. Kriteria ini penting untuk memastikan aturan pelancongan negara kekal terjamin di bawah garis panduan SOP.

Peringatan untuk orang awam – meskipun anda telah menerima suntikan vaksin, namun bagi penerima vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac hanya boleh hadir ke premis atau melakukan aktiviti rentas adalah selepas 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua, manakala penerima vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino pula adalah selepas hari ke-28. Setelah melepasi syarat ini, orang awam yang layak dibenarkan untuk melakukan pergerakan ke mana-mana premis mahupun tempat berkaitan.