Artikel

Malaysia Antara Negara Terawal – Beri Akses Data Kesihatan Bersama Orang Awam Melalui COVIDNOW

Seperti yang dijanjikan – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini melancarkan laman pautan COVIDNOW sebagai langkah akses maklumat kesihatan kepada seluruh rakyat negara.

Sidang khas KKM hari ini (9 September) yang diterajui oleh Menteri Khairy Jamaluddin memaklumkan akses tersebut menjadikan Malaysia sebagai negara terawal yang berkongsikan makluman terperinci kepada semua pihak.

Untuk makluman – pautan COVIDNOW ini hanya akan dapat diakses mulai jam 6 petang kelak.

Perincian data tersebut akan merangkumi kriteria seperti kes baharu (melibatkan umur, tarikh dan status vaksinasi individu). Bagaimanapun perincian data ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Ketetapan ini telah dilaksanakan oleh Khairy, untuk memastikan budaya kerja Kementerian Kesihatan (KKM) lebih kepada ketelusan. Tindakan ini tidak hanya membantu orang awam tetapi turut membabitkan soal kepercayaan. Usaha ini adalah tindak-balas KKM menangani anasir persoalan yang mengugat kreadibiliti gerak kerja KKM.