Artikel

Pelaksanaan Lapangan Terbang Kulim – Disasar Cetus Penyaluran 40 Juta Liter Sisa Air, Jejas Kualiti Sungai Muda

Akhir Ogos lalu, terdapat pertikaian berhubung pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP), Kedah dilaksanakan. Pembangunan projek ini dilihat berpotensi menjejaskan bekalan air di Pulau Pinang serta kawasan selatan Kedah. 

Kini Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sekali lagi memberi penekanan berhubung pengamatan terhadap projek lapangan tersebut. Di mana, sekirannya ia diteruskan – kira-kira 40 juta sisa air akan disalurkan ke dalam Sungai Muda dalam tempoh 5 tahun ini.

Situasi itu akan mengancam seluruh penduduk setempat dan akan terus menjejaskan kualiti air di Sungai Muda.

Anggaran menjelang tahun 2025 itu, akan mengakibatkan bekalan air di Pulau Pinang terus terkesan dan akan mencetuskan kerugian kepada perniagaan lain, susulah masalah ini.

Lebih membimbangkan, PBAPP berpendapat menjelang tahun 2036 terdapat kemungkinan penyaluran 100 juta liter sisa air akan didepani oleh semua pihak.

Untuk makluman 1 juta liter air berupaya menghasilkan 2 juta botol minuman kecil 500ml, sementara 2.5 juta liter air pula adalah bersamaan dengan saiz kolam renang yang digunakan di Olimpik.

Menerusi perkongsian ini, ia tidak membawa tanggapan untuk menghalang pembinaan KXP – namun jika infrastruktur ini lebih diutamakan berbanding keperluan air sejagat, ini akan menimbulkan masalah pada segmen ekonomi yang lain.