Artikel

Jumlah Pengangguran Meningkat Kepada 778,200 Penganggur – Bagi Julai 2021

Walaupun kadar pengangguran Malaysia kekal di paras 4.8% namun terdapat sedikit peningkatan kepada bilangan individu – yang kini mencatatkan sekitar 778,200 penganggur.

Data Tenaga Buruh Malaysia Julai 2021, ini menunjukkan paras penduduk yang berkerja kini telah menurun sebanyak 2,700 individu kepada 15.29 juta penduduk bekerja.

Maklumat ini lebih rendah berbanding pada Jun 2021 yang mencatatkan 15.30 juta penduduk bekerja.

Berdasarkan sektor ekonomi pula, semua sektor memperlihatkan penurunan penawaran pekerjaan tetapi sektor Perkhidmatan memaparkan prestasi yang positif. Sementara kategori bagi pekerja bekerja sendiri juga turut mencatatkan pertambahan kepada 2.50 juta individu dalam ekonomi negara.

Penyertaan ini dilihat hasil dorongan peralihan pekerjaan disebabkan pandemikCOVID-19 sejak tahun lalu.

Maka, secara umumnya pasaran umum kekal positif dan dijangka akan terus memaparkan pemulihan secara ansuran. Ini didasari melalui penerapan ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara.