Artikel

Perluasan Segmen ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ – PayPal Sedia Ambil-Alih Paidy Pada Nilai AS$2.7 Bilion

Perkembangan segmen Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) kini sudah tidak asing lagi dalam arena kewangan dunia. Perluasan segmen ini mula diperlihatkan oleh syarikat-syarikat gergasi kewangan dan antara yang memaparkan minat adalah PayPal – sebuah entiti gergasi pembayaran atas talian milik Amerika Syarikat (AS) yang memiliki 403 juta pengguna.

Perkara ini berlaku apabila PayPal menzahirkan ketersediaanya untuk mengambil-alih platfrom kredit atas talian milik Jepun, iaitu Paidy – pada nilai RM11.3 bilion (AS$2.7 bilion).

Bagi pengetahuan pembaca, Paidy telah dilaksanakan sejak 2008 di Tokyo. Ia berperanan membolehkan para peniaga menawarkan penbayaran secara kredit dan ansuran kepada pengguna mereka. Ini secara tidak langusng menunjukkan Paidy turut memiliki pengikutnya tersendiri, dengan jumlah pengguna terkini sekitar 6 juta individu.

Meskipun angka itu lebih kecil berbanding pengguna PayPal tetapi peralihan ini akan memberi nafas baharu kepada Paidy. Untuk makluman, Paidy akan mengekalkan jenamanya setelah peralihan berlaku dan ia akan beroperasi seperti biasa.

Setakat ini, terdapat lebih 4.3 juta akaun aktif PayPal di Jepun, direkodkan.

Sebelum mencapai kata putus peralihan, kedua-dua entiti telah melaksanakan kerjasama pada April lalu – melalui perkembangan pengambilalihan ini, ia akan merancakkan kembali segmen pembayaran PayPal pada arena kewangan global.

Berdasarkan sasaran, kedua-dua entiti menjangkakan penamatan peralihan ini akan dicapai pada suku keempat 2021 kelak.