Artikel

Ketidaktentuan Pasaran, Dorong Penyusutan 44.7% – Transaksi Hartanah Kediaman

Ketidaktentuan semasa telah meningkat daya kebimbangan pembeli kediaman di Malaysia bagi suku pertama 2021. Dapatan PropertyGuru DataSense jelas menunjukkan penurunan yang ketara pada suku tersebut dengan kadar penurunan 44.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Berdasarkan tinjauan, sebahagian besar urus-niaga pasaran hartanah 61.2% adalah didorong bagi pembeli rumah pertama. Ini susulan penawaran insentif yang diberikan di bawah skim tersebut dan kempen pemilikan rumah.

Peratusan itu dilihat meningkat pada 3 pasaran hartanah utama Malaysia, iaitu Lembah Klang (13.2%), Johor (65.2%) dan Pulau Pinang (0.08%) – ia lebih tinggi berbanding pembelian dari pelabur.

Selain itu, data transaksi turut menunjukkan pebeli kini lebih gemar akan unit kediaman pada kadar RM300,000 hingga RM500,000, dan lebih memilih unit bertanah berbanding kediaman bertingkat. Di mana unit rumah teres menyumbang 54%, diikuti kondominium dan pangsapuri sekitar 18% pada data transaksi.